GROOM TO BLOOM SERIES
Bengkel bertemakan “The Nuts and Bolts of Writing a Conceptual Paper"
GROOM TO BLOOM SERIES yang ketiga diteruskan lagi oleh penceramah yang aktif dalam bidang penyelidikan dan penulisan, Prof Dr Norliya Ahmad Kassim dengan siri yang bertemakan “The Nuts and Bolts of Writing a Conceptual Paper”. Bengkel ini telah dijalankan pada 4 April 2015 (Sabtu) di Anjung Professor, UiTM Puncak Perdana. Bilangan peserta pada kali ini adalah seramai 16 orang yang terdiri daripada para pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Pegawai Pentadbiran dari UiTM Kampus Sungai Buloh, dan juga para pelajar pasca siswazah dari Fakulti Pengurusan Maklumat. Siri yang seterusnya akan diteruskan lagi dengan tema yang berlainan dan lebih menarik mengenai kaedah penulisan “Empirical Paper”. Diharapkan agar lebih ramai peserta yang akan mengikuti bengkel seumpama ini di masa akan datang memandangkan majlis perkongsian ilmu ini memberikan impak yang sangat positif dalam menaikkan semangat kakitangan akademik, pelajar mahupun sesiapa sahaja yang mengikutinya dalam menghasilkan penulisan dan penyelidikan yang lebih baik dan berkualiti.