Lawatan Akademik & Perkongsian Ilmu

Lawatan Akademik & Perkongsian Ilmu diantara mahasiswa Sarjana Sains Perpustakaan dan Pengurusan Tertinggi Perpustakaan Hamzah Sendut, USM, Pulau Pinang
Tarikh: 11 Disember 2017
Masa: 9am - 1 pm
Tempat: Perpustakaan Hamzah Sendut 1, USM, Pulau Pinang
Program ini telah berjaya dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kaedah pengajaran kursus MLS 763 - Information Industry & Entreprenuership.*Di antara perkongsian ilmu dari pihak pengurusan tertinggi Perpustakaan Hamzah Sendut ialah mengenai peranan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan, strategi promosi & penjanaan pendapatan yang dijalankan oleh Perpustakaan Hamzah Sendut, USM manakala mahasiswa Sarjana Sains Perpustakaan yang diiringi oleh pensyarah pengiring Dr. Nurussobah Hussin telah berkongsi pengalaman mereka sebagai mahasiswa pascasiswazah Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dan seterusnya mempromosi program-program pascasiswazah yang ditawarkan oleh FPM.














Program Sukan Rekod (SURE 2017)

Tamatlah program SURE 2017 (Sukan Rekod 2017) yang berlangsung selama dua hari pada 1 dan 2 Disember 2017 di sekitar kawasan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara Penasihat Akademik dan para pelajar yang bertemakan "SUPERHEROES". Program ini anjuran bersama Integration Records of Community (i-REC) dan Malaysian Association of Records Management Society (MARMS).















Program Wakaf Ilmu Siri 1: Kaedah Penyelidikan (Bidang Sains Sosial & Pengurusan)

Program Wakaf Ilmu Siri 1: Kaedah Penyelidikan (Bidang Sains Sosial & Pengurusan)

Tarikh: 12 & 13 Oktober 2017

Penceramah: Prof. Madya Dr. Mohamad Noorman Masrek

















Program Kembara Ilmu dan Eksplorasi Bangkok 2017

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di luar negara. Selain dari itu juga, pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang perkembangan dan pembangunan bidang pengurusan maklumat dan pengetahuan di Thailand. Program ini pada asalnya adalah “Kembara Ilmu Dan Eksplorasi Melbourne 2017”. Namun begitu, disebabkan kekangan kewangan, ianya ditukar kepada “Kembara Ilmu Dan Eksplorasi Bangkok 2017 (18-22 Oktober 2017)”. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam program ini selaras dengan tentatif yang telah dilakar. Alhamdulillah, dengan izin Allah semua program berjalan dengan baik dan lancar. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti lawatan akademik ke Ramkhamhaeng University. Pada peringkat awal, lawatan tersebut adalah melibatkan aktiviti perjumpaan bersama kakitangan akademik serta pelajar dan diikuti lawatan sekitar Ramhamhaeng University. Namun begitu, pihak pengurusan mencadangkan agar ianya turut disertakan sesi mini kolokium dimana pelajar pascasiswazah diberi peluang membentangkan cadangan penyelidikan mereka. Pihak Ramkhamhaeng juga telah menjemput panel-panel dari Universiti-Universiti disekitar Bangkok untuk menjadi panel. Alhamdulillah, aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengalaman membentang kertas cadangan di luar negara dan seterusnya mendapat maklumbalas yang berguna untuk penyelidikan mereka.



Gambar-gambar di bawah menerangkan secara sepintas lalu tentang aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung.



Perjalanan ke Ramkhamhaeng University, Bangkok, Thailand

Ketibaan di Ramkhamhaeng University

Sesi pendaftaran bagi peserta Mini Kolokium

Ucapan pembukaan oleh pengacara majlis

Ucapan meraikan pihak UiTM daripada Dekan Fakulti Kemanusiaan Ramkhamhaeng University

Penyampaian cenderahati daripada pihak UiTM kepada pihak Ramkhamhaeng University



Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua ahli-ahli Information Management Postgraduate Society (IMPS) yang telah menyertai program ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya pada masa hadapan.





Bengkel Pemantapan Hal Ehwal Akademik (HEA)

Bengkel Pemantapan Hal Ehwal Akademik (HEA) pada 6 & 7 September 2017 di Bilik Seminar Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana.