Program Kembara Ilmu dan Eksplorasi Bangkok 2017
- Details
-
Published: 10 November 2017
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang suasana pembelajaran di luar negara. Selain dari itu juga, pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang perkembangan dan pembangunan bidang pengurusan maklumat dan pengetahuan di Thailand. Program ini pada asalnya adalah “Kembara Ilmu Dan Eksplorasi Melbourne 2017”. Namun begitu, disebabkan kekangan kewangan, ianya ditukar kepada “Kembara Ilmu Dan Eksplorasi Bangkok 2017 (18-22 Oktober 2017)”. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dalam program ini selaras dengan tentatif yang telah dilakar. Alhamdulillah, dengan izin Allah semua program berjalan dengan baik dan lancar. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti lawatan akademik ke Ramkhamhaeng University. Pada peringkat awal, lawatan tersebut adalah melibatkan aktiviti perjumpaan bersama kakitangan akademik serta pelajar dan diikuti lawatan sekitar Ramhamhaeng University. Namun begitu, pihak pengurusan mencadangkan agar ianya turut disertakan sesi mini kolokium dimana pelajar pascasiswazah diberi peluang membentangkan cadangan penyelidikan mereka. Pihak Ramkhamhaeng juga telah menjemput panel-panel dari Universiti-Universiti disekitar Bangkok untuk menjadi panel. Alhamdulillah, aktiviti ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengalaman membentang kertas cadangan di luar negara dan seterusnya mendapat maklumbalas yang berguna untuk penyelidikan mereka.
Gambar-gambar di bawah menerangkan secara sepintas lalu tentang aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung.

Perjalanan ke Ramkhamhaeng University, Bangkok, Thailand

Ketibaan di Ramkhamhaeng University

Sesi pendaftaran bagi peserta Mini Kolokium

Ucapan pembukaan oleh pengacara majlis

Ucapan meraikan pihak UiTM daripada Dekan Fakulti Kemanusiaan Ramkhamhaeng University

Penyampaian cenderahati daripada pihak UiTM kepada pihak Ramkhamhaeng University
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua ahli-ahli Information Management Postgraduate Society (IMPS) yang telah menyertai program ini. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya pada masa hadapan.